Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengugut untuk melancarkan serangan ke atas kedudukan tentera Syria di wilayah utara negara Arab tersebut jika mereka terus menyerang tentera Turki yang beroperasi di Syria.
Erdogan berkata bahawa beliau bertekad untuk menghalau pasukan tentera Syria ke belakang garisan pondok pemerhati Turki menjelang akhir Februari ini dan memberi amaran kepada pasukan kerajaan Syria untuk berundur secara sukarela dari kawasan berkaitan.
Menurut beliau, Turki juga akan bertindak untuk mengembangkan operasi tenteranya di luar kawasan yang dipersetujui di dalam perjanjian Sochi jika Syria mengabaikan amaran tersebut.
Erdogan juga menegaskan bahawa pesawat yang kini membedil Idlib tidak akan lagi dapat terbang bebas di wilayah tersebut melalui kehadiran tenteranya.
Presiden Turki itu turut mendakwa bahawa kawalan mutlak kerajaan Syria terhadap tanah air mereka sendiri mampu mengancam keamanan dan kestabilan Turki.
Sementara itu, sebuah delegasi Turki sedang berangkat ke Moscow untuk membincangkan perkembangan terkini di Syria bersama dengan dengan Kremlin.
Sementara itu, wakil khas A.S - yang turut menempatkan tenteranya di Syria tanpa restu Damsyik -, James Jeffrey pada hari Selasa turut menyatakan simpatinya ke atas Turki sambil mendakwa bahawa Ankara berhadapan dengan ancaman besar di Idlib.
14 Februari 2020 - 17:40
News ID: 1010211
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengugut untuk melancarkan serangan ke atas kedudukan tentera Syria di wilayah utara negara Arab tersebut jika mereka terus menyerang tentera Turki yang beroperasi di Syria.